GOLD_WHITE
Start Now

10 Sekolah Terbaik di Malaysia

1. MRSM Tun Ghafar Baba

Kalau ikutkan 10 Sekolah terbaik ini, MRSM Tun Ghaffar Baba (TGB) merupakan satu-satunya MRSM yang tersenarai, dan mendapat nombor 1 di Malaysia. Sekolah ni dulu dikenali sebagai MRSM Jasin, di Melaka. MRSM ini ditubuhkan pada tahun 1981, dan beberapa kali menjadi sekolah terbaik pada tahun 2001, 2005, 2006, 2012, dan 2016.

MRSM ini mendapat Gred Purata Nasional : 1.22

2. Kolej Tunku Kurshiah

Kolej Tunku Kurshiah (TKC) ini sekolah berasrama penuh yang khas untuk perempuan ya. Kalau dah jantan tu jangan berangan nak masuk ke sini. Boleh kena lastik nanti. TKC ini asalnya dengan nama Maktab Perempuan Melayu, yang kemudiannya diberi nama Kolej Tunku Kurshiah atas penghormatan keatas Raja Permaisuri Agong yang pertama. Sekolah ini telah melahirkan ramai tokoh pemimpin wanita di Malaysia antaranya Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Datin Seri Rosmah Mansor, Tunku Intan Syafinaz dan ramai lagi.

Gred Putara Nasional TKC : 1.33

3. Kolej Islam Sultan Alam Shah

Kolej ini nama asalnya Kolej Islam Klang (KIK) sebelum berubah kepada Kolej Islam Sultan Alam Shah pada 1989, bertahap SBP, khas untuk pelajar tingkatan 4 hingga tingkatan 6. KISAS pernah menjadi sekolah terbaik pada tahun 2004 dan 2005, dan pada tahun 2008 hingga 2014 menjadi sekolah terbaik dalam peperiksaan STPM. Dahulunya KISAS merupakan sekolah bagi Allahyarham Tuan Guru Haron Din, dan juga Dr MAZA, dan juga Cikgu Hafizuddin, Tutor Cemerlang Aster.

Gred Purata Nasional adalah 1.32

4. Sekolah Tun Fatimah

Nama asal STF adalah Secondary School Malay Girls yang terletak di Durian Daun, Melaka yang dibina pada tahun 1956. Pada 25 September 1965 sekolah ini berpindah ke Johor Bahru dengan nama baru, Sekolah Tun Fatimah sebagai penghormatan kepada Sri Kandi Melayu pada Zaman Kesultanan Melayu Melaka iaitu Tun Fatimah.

STF ini merupakan sebuah sekolah yang sangat premier. Tengok lah result dalam gambar kat atas STF ini masih melahirkan pelajar yang super pandai. Sama juga dengan pesaing abadinya, TKC dan SSP, sekolah ini khas untuk perempuan sahaja. Sekolah ini melahirkan ramai juga tokoh negara antaranya Prof Dr Muhaya.

Gred Purata Nasional STF adalah 1.37

5. SM Sains Sultan Mahmud

Sekolah Menangah Sains Sultan Mahmud ini terletak di Kuala Terengganu. Nama asal sekolah ini adalah SM Sains Terengganu, yang kemudiannya dirasmikan oleh DYMM Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah pada tahun 1979. Sekolah ini secara merupakan sekolah terbaik di Terengganu selama bertahun-tahun.

Gred Purata sekolah ini adalah 1.42

6. SM Sains Tuanku Munawir

Ini lah sekolah kebanggan Cikgu Shahrin Zikri, di mana beliau antara penyumbang gred sekolah ini sehingga menjadi terbaik pada tahun 2009. Selain itu, sekolah ini telah menjadi sekolah terbaik pada tahun 2006, 2007, 2008, 2009, 2010, 2014, dan 2015. Sekolah ini dahulunya dikenali sebagai Sekolah Menengah Sains Seremban (SASER) yang kemudiannya tukar kepada SM Sains Tuanku Munawir.

Walaupun telah bertukar nama, SM Sains Tuanku Munawir masih digelar sebagai SASER hingga ke hari ini. Tahun 2010, SASER merupakan sekolah yang melahirkan paling ramai straight A+ di Malaysia, dan Tahun 2011, SASER dinobatkan sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi. Cikgu Shahrin kalau ke sini, pasti menangis mengenang nostalgia beliau belajar di SASER selama 2 tahun.

Gred Purata Nasional SASER adalah 1.47

7. Sekolah Seri Puteri

Pada asalnya sekolah ini dikenali sebagai SMK Perempuan Jalan Kolam Ayer di Kuala Lumpur yang kemudiannya menjadi Sekolah Seri Puteri (SSP). Pada tahun 1976, pengetua SPP Pn Hajah Badiah menubuhkan pasukan Okestra Puteri Winds. Pada tahun 2003, sekolah ini berpindah ke Cyberjaya dan dirasmikan oleh Sultanah Nur Zahirah, Raja Permaisuri Agong pada waktu itu.

Gred Purata Nasional SSP adalah 1.51

8. SM Sains Alam Shah (ASiS)

Ramai keliru SM Sains Alam Shah ni ASiS ke SSAS? Pada tahun 1964 Sekolah Sains Alam Shah (SSAS) dibina di Cheras dan pada tahun 2003, sama seperti SSP, SSAS telah berpindah ke Putrajaya. Selepas nama SSAS danpengurusan berpindah, tapak sekolah asal itu menggunakan nama yang sama cuma nama gelaran sahaja bertukar sebagai ASiS. ASiS hanya fokus kepada pelajar tingkatan 4 & 5 sahaja, sekolah ini juga berjaya menghasilkan pelajar yang cemerlang.

Gred Purata ASiS adalah 1.53

9. Kolej Yayasan Saad Melaka

Kolej Yayasan Saad (KYS) ini merupakan sekolah berasrama penuh swasta di Malaysia. Ada sesetengah pelajarnya mendapat tajaan untuk belajar di KYS, ada juga yang membayar yuran bulanan. KYS berjaya melahirkan ramai pelajar-pelajar cemerlang dalam PMR, PT3, dan SPM dengan Purata Gred Nasional 1.60

KYS juga sangat aktif dalam kokurikulum, maklumlah KYS antara sekolah yang paling banyak duit di Malaysia! Cikgu ingat lagi, coach ragbi KYS adalah warganegara Fiji. Memang hebat sekolah ni.

10. SM Sains Tuanku Aishah Rohani (Seremban)

Sekolah ini dikenali sebagai Science Girls School (SGS) ditubuhkan pada tahun 2013. Sekolah ini sebenarnya mengambil alih tapak TKC. Pada 2017 SM Sains Perempuan menggunakan nama SM Sains Tuanku Aishah Rohani.

Sekolah ini masih baru, tetapi berjaya melahirkan ramai pelajar cemerlang sepanjang 7 tahun beroperasi. Apa pun, cikgu doakan semua pelajar dari mana sekolah pun berjaya dalam kehidupan masing-masing. SPM tahun 2020 merupakan cabaran yang tinggi buat semua, dan cikgu doakan semua berjaya skor straight A’s dalam peperiksaan akan datang.

Kepada ibu bapa yang memerlukan bimbingan ASTER, boleh layari www.aster.edu.my untuk maklumat lanjut mengenai program-program kami

0
    0
    Your Cart
    Your cart is emptyReturn to Shop